Tuesday, May 15, 2012

Rindu :(

Awak, Dengan seikhlasnya saya mohon sejuta kemaafkan dr awak kerana saya gagal utk melupakan awak. Saya tahu saya tidak layak untuk memiliki cinta awak, tapi bagaimana boleh saya hapuskan rasa ini, dimana saya melangkah disitu jugalah bayangan awak menanti saya. Awak, Percayalah sesungguhnya saya tidak pernah merasa menyesal mencintai awak, dan saya tidak pernah berputus asa berusaha untuk memiliki cinta awak, walaupun adakalanya sesuatu yg saya lakukan memalukan diri saya sendiri, namun demi awak saya sanggup. Awak, Sekali lagi saya pohonkan kemaafan kerana kehadiran saya selama ini telah byk menyusahkan hidup awak. Awak, sekali lagi saya mohon kemaafan dari awak,kerana di saat ini tanpa keizinan awak saya masih lagi mengikuti FB awak.saya tau awak tak pernah tau yang saya ada di FB awk.mengikuti setiap ulasan2 awak,gambar2 terbaru awak.dan saya rasakan awak begitu gembira apabila saya tiada di hati awak. Awak, terus terang saya katakan yang saya sedih bila saya mengenangkan kegagalan saya utk memiliki awk.sedangkan mereka yang diberi peluang,terus mensia siakan awak.tp apakan daya sudah tersurat semua kejadian. MAAFKAN SAYA BILA SAYA TERUS MERINDUI AWAK MAAFKAN :(

No comments: