Monday, August 22, 2011

Maafkan Saya . . .

Awak . . .

Maafkan saya kerana selalu mengungkit kisah silam awak dan kemudian sakit hati sendiri sedangkan awak tidak pernah mempertikaikan kisah silam saya jauh sekali awak bertanye... Maafkan saya ...

Awak . . .

Maafkan saya kerana selalu berfikir yang bukan2 walaupun saya tau itu boleh merosakkan hubungan kita tetapi .. arghhh .. sifat ini seolah2 sudah sebati dalam diri saya tp awak selalu meneutralkan keadaan. Maafkan saya awak...

Awak . . .

Maafkan saya jika selama ni saya cemburu sgt.walaupun awak berulang kali bitau yang dia hanyalah sekadar kawan tp sikap sy yang di buai ego telah membakar api kesabaran awak..Maafkan saya

Awak . ..

Maafkan saya kerana selalu menyusahkan awak agar menuruti kehendak saya.kerana awak kata sebelum ni saya selalu merungut kasih sayang awak tidak cukup dan mungkin dengan perbuatan awak ini mampu membuka mata saya bahaya awak mmg sayangkan saya.. Maafkan saya

Awak . . .

Maafkan saya jika saya tidak boleh menjadi seperti apa yang awak inginkan walaupun awak tidak pernah mempertikaikan siapa diri saya dan menerima saya seadanya.. Maafkan saya awak ...

Awak . . .

Maafkan tentang segalanya.kadang saya rasa seperti manusia yang tak kenal erti bersyukur kerana terlalu banyak permintaan dan memeningkan awak. maaf sekali lagi..

Awak . . .

awak baik dengan sy sedangkan sy seorang prejudis. Maafkan saya awak.

Awak . . .

saya tatau mcm mane nak balas jasa awak.Kini baru saya sedar awak adelah nadi dan nafas dalam hidup saya.

~belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.usah mendambakan teman secantik balqis andai dirimu tidak seindah sulaiman.mengapa di harapkan teman setampan yusof andai dirimu tidak setulus zulaikha.tak perlu mencari seistimewa Khadijah andai dirimu tidak sesempurna Rasullah SAW.

Terima kasih awak di atas segala pengorbanan dan kesabaran awak. semoga tuhan dpt membalasnya. semoga kita bersama hingga akhir hayat. <3

No comments: