Thursday, June 24, 2010
Kenape? Mengapa?
Monday, May 24, 2010
this is MADNESS!
What You Give, You Get Back!
Friday, May 7, 2010
Selamat Hari Ibu !
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisny.
apa-apa pun , along sayang mama !
selamat hari ibu 9 may 2010
Tuesday, April 27, 2010
Sabarlah Wahai Hati !!
kadang-kadang aku rasa ada something yang terbuku dalam hati. susah nak luah kan. kalau aku luah pun, ada orang faham ke? orang tak kan faham. diri aku je faham. eh, tapi orang akan kata, kau tak cerita macam mana orang nak faham. takpe lah. biar aku pendam sendiri. just nak menulis dan meluah kan yang patut saje di sini.
haih~ aku tak tau kenapa sekarang, aku kerap mengeluh,kerap marah2,senang cite kebengisan aku ni dah tahap melampau. betol ke pilihan aku? betol ke keputusan aku ni? aku tak tau. nak mintak pendapat orang. tak payah la. lagi akan memeningkan kepala aku. aku memerlukan keadaan yang tenang untuk membuat keputusan.
aku tahu ada tidak setuju dengan pilihan aku. tapi ini pilihan aku.pedulik ape org nak kata aku tersalah pilih tp yg nyata aku mmg betol2 pilih dia dalam hidup aku. mungkin aku perlu fikir lagi. dan teruskan berfikir. baik atau buruk. mungkin aku sendiri yang buruk kot.
sini je la tempat aku nak meluah kan rasa, yang tiada sesiapa akan kondem aku ke apa. ini blog aku bukan. tiada kaitan dengan orang lain kecuali diri aku sendiri.
mungkin aku perlu terus berfikir dan berdoa. yang buruk semua datang dari diri aku sendiri.
sekarang ada perkara lain yang perlu di beri perhatian lebih. MEMENANGI HATI DIA KEMBALI.
semoga berjaya wahai Ahmad Fairuz.
sabar lah wahai hati. tak lama je lagi ni. teruskan usaha itu.!
Tuesday, February 16, 2010
Jika ia sebuah Cinta . . .

Jika ia sebuah cinta...ia tidak mendengar... namun sentiasa bergetar.Jika ia sebuah cinta...ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak menyiksa tapi sentiasa menguji...
Jika ia sebuah cinta...ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta...ianya hanya tidak berjanji..namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta...ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan..
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana kekayaan dan kebendaan.. namun hadir kerana pergorbanan dan kesetiaan..
CikWan : take my hand, i give it to you..now you own me,all i am..
you said you would never leave me..i believe you, but. . .
Monday, December 21, 2009
Rindu Dan Cinta
Sunday, November 15, 2009
hanya kenangan segar dalam ingatan ..
Tuesday, November 3, 2009
bila kite sayang org tu....
Sunday, October 18, 2009
Kamu!
bila rasa rindu tu bertukar menjadi sayang ,
apa tindakan yang you all boleh buat ?
sebenar nya hari hari saya tunggu msg dari awak .
saya sedaya upaya berlagak kool seperti benda tu dah biasa jadi dalam diri saya ,
saya cuba buat apalah sangat hanya sekadar msg .
tapi sebenar nya saya dah tipu diri saya sendiri .
setiap kali ada masa ,
saya akan baca msg awak walaupun hanya 27 patah perkataan .
dan benda tu akan buat saya tersenyum .
saya tak kisah orang kata saya gila .
cuma saya juz be myself .
betul kan .
tapi saya semakin penat .
saya nak di kejar bukan lagi mengejar .
fikiran saya melayang layang entah ke mana .
saya dah gila agaknya .
sampai saya tak peduli siapa pun di sekeliling saya .
saya dengan dunia ni dah sakit agaknya .
saya nak mintak tolong dengan awak ,
tolong jangan bagi hint
yang ala ala buat yang saya bakal di sayangi .
saya ni obses .
sebab perasaan ni sangat teruk .
saya nak minta maaf dengan awak ,
mungkin perasaan seperti ini
tak patut ada dalam diri saya .
saya tahu saya salah .
saya akan cuba control dan jauh kan diri dari awak .dan saya akan buang segala perasaan yang sangat tak elok dalam hati saya ni .
dan saya juga akan .
belajar penuhi hidup dengan apa yang ada daripada hanya menjadi seorang lelaki biasa yg kuat panas baran .
dont leave me .
sangat susah sebab bila dia tiba-tiba menghilangkan diri.
saya rasa lain macam.
saya tatau apa yang buat awak
tiba tiba pergi macam tu .
saya minta maaf kalau saya ada buat salah .
atau buat awak rasa sangat tak selesa .
oh my god, give me some strength to fight this feeling.
awak , jgnlah hilang .
susah nak bagitau
apa yang saya rasa .
macam macam saya fikir .
itu ini begitu dan begini .
apa yang patut saya buat
jalan mana yang harus saya ikut .
saya betul betul buntu ..
kan saya pernah kata semua orang yang saya
sayang pergi ..
tinggalkan saya begitu sahaja .
a friend in need is a friend indeed .
familiarity breeds contempt
to know her is to love her .
saya harap awak boleh rasa apa yang saya ada .
awk tatau yg hari hari saya tunggu satu hari yang itu ..
