Tuesday, February 16, 2010

Jika ia sebuah Cinta . . .

Jika ia sebuah cinta...ia tidak mendengar... namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta...ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta...ia tidak menyiksa tapi sentiasa menguji...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta...ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta...ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta...ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta...ianya hanya tidak berjanji..namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta...ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan..

Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana kekayaan dan kebendaan.. namun hadir kerana pergorbanan dan kesetiaan..


CikWan : take my hand, i give it to you..now you own me,all i am..
you said you would never leave me..i believe you, but. . .