Monday, December 21, 2009

Rindu Dan Cinta

dada langit kelihatan begitu hangat
kerana dekat dengan matahari
keringat rindu terhambur pecah
di hamparan pasir putih menggigit

dada langit kelihatan penuh dengan cinta
kerana pelangi selalu tersenyum di antara awan putih
aku menyingkap jendela waktu
menjamah rongga rongga sawang
ada cinta terbelit perit

lantas,,

aku berlari kedada laut
mengharung ombak bersamamu
dari pantai yang berbeza..
menyentuh pada setiap kehidupan
bercermin pada gelap dan terang
untuk bertemu
pada titik yang satu