Inilah aku sekarang. Bertuankan minda; idea gila. Positif, disulami negatif. Benakku kata iya, jiwaku kata 'never'. Hati kecilku kata perlu, mulutku kata pedulikan semua itu. Naluriku kata betul, perlakuanku... well, jelas menafikannya.
Aku tak percaya pada tanggungjawab. Bagiku tanggungjawab hanyalah daripada kita kepada tuhan, kerna Dia yang menciptanya. Untuk sesama manusia, ia hanyalah sekadar alasan; sebab-musibab untuk minda, lari dari kenyataan. Tinggalkan larangan-Nya, lakukan suruhan-Nya. Tak buat? Itu nanti 'belakang boleh kira'. Apa guna berdolak-dalih? Hakikatnya dah memang tersurat. Yang patuh tempatnya di syurga. Yang ingkar? Go to HELL!!!Untuk apa kita menafikan sifat pentingkan diri dalam jiwa? Untuk mereka yang belum pun kita kenal hati budinya? Ahh, persetankan itu semua! Manusia dilahirkan dengan akal. Berakalkah kita, jika memimpin tangan mereka yang TAK MAHU menggunakan mata?
Setiap pagi hidup baru kita bermula. Dari setiap saat, minit dan jam dalam sehari, kita bentukkan kehidupan baru dengan acuan berbeza, hiasikan dengan keceriaan dalam jiwa. Ya, memang adakalanya tak selalu indah. Tidak pula bermakna, 'tiada beras, pasir pun boleh diguna'. Apa relevennya akal dikurniakan pada kita? Tidakkah ia, untuk mengawal tatasusila; maruah; adab sopan yang telah ditetapkan seperti sedia ada.Manusia, boleh daki gunung-ganang, merentasi sungai dan rimba. Tetapi, tidaklah pula berdosa, hanya kerana memilih untuk menaiki kereta. Minda, ada batasannya. Selagi boleh diteroka, insentif tambahan, mungkin ada makna. Cuma bersyarat; tahukah anda, fahamkah anda di mana batasannya?
Aku lahir bukan untuk jadi hamba, pada akta yang tak berguna. Aku bebaskan minda aku, menjelajah setiap pelusuk yang ada. Bukan untuk sesiapa, sekadar menjalankan tanggungjawab yang aku mampu, dan mahu buat, untuk tuhan yang maha Esa. Orang lain? Huh, mereka hanya boleh beri pendapat, tapi aku yang akan 'decide'. Dengan bebasnya, tanda aku benar-benar merdeka, mindaku bergembira, bersorak ketawa. "MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!" Erti ke'merdeka'an ku yang sebenar.